PROGRAM TAYANGAN SKRIN BESAR PERLAWANAN AFC ASIAN CUP QATAR 2023 - MALAYSIA VS JORDAN

16 Januari 2023 (Selasa) – Sorotan foto Program Tayangan Skrin Besar Perlawanan AFC Asian Cup Qatar 2023 antara Malaysia menentang Jordan yang telah berlangsung awal pagi tadi bertempat di Skrin Besar MBAS @Dataran Starwalk, Alor Setar. Progam diserikan dengan kehadiran YB Muhammad Amri Bin Wahab, ADUN Derga.
 
Turut diadakan acara cabutan bertuah buat para pengunjung yang telah disempurnakan oleh YB Muhammad Amri dan pegawai-pegawai MBAS.
 
Terima kasih kepada Greenscoot Malaysia dan Ewan Dodol Berperisa yang turut bekerjasama memberikan tajaan dan promosi di program tersebut.
 
Terima kasih juga buat semua para pengunjung yang hadir di atas penjagaan kebersihan yang amat baik di sepanjang program berlangsung. Hangpa memang terbaik!!!
 
Jangan lupa tayangan perlawanan seterusnya antara Malaysia menentang Bahrain pada 20 Januari 2024 (Sabtu), jam 10.30 malam.
 
Jangan lupa mai!!!
 
Skip to content