SESI PERJUMPAAN MBAS BERSAMA PENYEWA DI PREMIS/RUANG NIAGA MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

30 Januari 2023 (Selasa) – Sesi perjumpaan Unit Pengurusan Harta Komersial, Bahagian Pengurusan Harta, MBAS bersama pihak penyewa premis/ruang niaga Medan Raja, Alor Setar yang berlangsung pagi tadi bertempat di Dewan Mesyuarat UTC Aras 5, UTC Kedah. Sesi perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Bahagian Pengurusan Harta MBAS, Sr. Zamzama Bin Mohd.
Sesi perjumpaan berkenaan membincangkan hal-hal pelaksanaan kadar sewaan baharu, penambahbaikan prasarana, kawalan keselamatan premis dan pelaksanaan bil-bil sewaan secara digital kepada para penyewa.
 
Hadir sama di sesi perjumpaan tersebut Ketua Bahagian Kualiti Dan Komunikasi Korporat MBAS, En. Mohamad Syafiq Bin Mohamad Najib; Ketua Bahagian Teknologi Maklumat MBAS, En. Muhammad Anas Bin Abd. Rahim serta kakitangan terlibat.
 
Skip to content