SESI PERJUMPAAN MBAS BERSAMA PENYEWA DI PREMIS/RUANG NIAGA MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

31 Januari 2023 (Rabu) – Sesi perjumpaan Unit Pengurusan Harta Komersial, Bahagian Pengurusan Harta, MBAS bersama pihak penyewa premis/ruang niaga Rumah Kedai Peremba, Alor Setar yang berlangsung pagi tadi bertempat di Dewan Mesyuarat UTC Aras 5, UTC Kedah. Sesi perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Bahagian Pengurusan Harta MBAS, Sr. Zamzama Bin Mohd.
Beberapa perkara dan isu telah dibincangkan meliputi hal-hal pelaksanaan kadar sewaan baharu, penambahbaikan prasarana, kawalan keselamatan premis dan pengoperasian premis oleh penyewa.
 
Hadir sama di sesi perjumpaan tersebut Ketua Bahagian Kualiti Dan Komunikasi Korporat MBAS, En. Mohamad Syafiq Bin Mohamad Najib serta kakitangan terlibat.
 
Skip to content