SESI PERKONGSIAN MAKLUMAT ANTARA AHLI MAJLIS MBAS DAN MPK, PERKUKUH PERANAN DAN HUBUNGAN AHLI MAJLIS KEDUA-DUA PBT

22 Januari 2024 (Isnin) – Demi memperkukuhkan lagi peranan dan hubungan Ahli Majlis, satu Sesi Perkongsian Maklumat antara Ahli Majlis Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) telah diadakan bertempat di Dewan Mesyuarat UTC, Aras 5, Bangunan UTC Kedah, hari ini.
 
Seramai 24 orang Ahli Majlis MPK serta pegawai pengiring MPK tersebut diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Tuan Norazlan Bin Yahaya. Ketibaan delegasi MPK disambut mesra oleh Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud diiringi Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil bin Noh, Ahli-Ahli Majlis MBAS, Pengarah-Pengarah MBAS serta kakitangan.
 
Objektif utama sesi perkongsian ini diadakan adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan idea berkaitan Pihak Berkuasa Tempatan dalam membantu mengukuhkan peranan Ahli Majlis dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pembuat dasar di peringkat majlis.
 
Majlis Bandaraya Alor Setar mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Majlis Perbandaran Kangar diatas kunjungan mesra ini dan diharap akan berjumpa lagi di masa yang akan datang.
 
Skip to content