USAHA PROMOSI 'MAI SINGGAH ALOR SETAR 2024' TERUS DIPERTINGKATKAN

21 Januari 2024 (Ahad) – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) meneruskan usaha mempromosikan ‘Mai Singgah Alor Setar 2024′ untuk menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke bandaraya Alor Setar. Inisiatif tersebut telah dilaksanakan melalui satu majlis penyerahan “Magnet Sticker” MSAS 2024 kepada pengusaha-pengusaha teksi di Alor Setar yang telah diadakan pagi tadi bertempat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud.
 
Pengarah Jabatan Korporat Dan Strategik MBAS, En. Bohari Bin Md Yusoff berkata tujuan utama penyerahan “Magnet Sticker” MSAS 2024 kepada pengusaha-pengusaha teksi tersebut diadakan adalah untuk mempromosikan ‘Mai Singgah Alor Setar 2024’.
 
“Penyerahan “Magnet Sticker” ini merupakan kali pertama yang seumpamanya diberikan kepada pengusaha-pengusaha teksi dan berharap semua penduduk Alor Setar bersama-sama menggembleng tenaga untuk menyambut kehadiran para pelancong dari dalam dan luar negara terutamanya di pintu-pintu masuk utama seperti di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim ini.”
 
Menurut beliau lagi, usaha tersebut akan turut dijalankan di pintu-pintu masuk utama yang lain seperti di Stesen Keretapi Alor Setar dan juga Terminal Feri Kuala Kedah.
 
Hadir sama di majlis tersebut Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil bin Noh; Pengurus Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar, En. Ikram Alif Bin Monsoor; Pengarah-Pengarah MBAS, Ketua-Ketua Bahagian MBAS dan seluruh kakitangan yang terlibat.
 
Skip to content