MAJLIS ANUGERAH BANDAR RENDAH KARBON 2023

07 Februari 2024 (Rabu) – Majlis Bandaraya Alor Setar telah dianugerahkan Sijil Provisional (Provisional Certificate) sempena Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2023 anjuran Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dengan kerjasama Malaysian Green Technology & Climate Change (MGTC) yang telah diadakan pada 7 Februari 2024 bertempat di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur.
 
Sijil tersebut telah disampaikan oleh YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam atas usaha pembangunan data penanda aras dan pelan tindakan rendah karbon dalam kawasan MBAS.
 
Penerima anugerah terdiri daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan organisasi yang telah melaksanakan inisiatif pengurangan pelepasan GHG menerusi program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 (Low Carbon Cities 2030 Challenge).
 
 
Skip to content