DYTM TUANKU RAJA MUDA KEDAH & DYTM TUANKU RAJA PUAN MUDA KEDAH PERKENAN KE MAJLIS “LUNAR NEW YEAR PARADE”

12 Februari 2024 (Isnin) – Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah dan Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda Binti Mohamad Ariff, Tuanku Raja Puan Muda Kedah perkenan berangkat ke Majlis “Lunar New Year Parade” di Kafe Diem Terrace, Pekan Cina, semalam.
 
Turut berangkat, Yang Teramat Mulia Tunku Sulaiman Badlishah dan Yang Teramat Mulia Tunku Zara Bahiyah, Anakanda DYTM Baginda Berdua.
 
Tuanku berdua turut perkenan menyaksikan tarian singa dan seterusnya menyalakan mercun sempena kemuncak sambutan “Lunar New Year Parade” dan kemudiannya menyampaikan ampun kurnia “AngPow” kepada rakyat jelata yang turut hadir.
 
 
Skip to content