𝟔 𝐅𝐄𝐁𝐑𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀)

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 ‘𝐓𝐑𝐀𝐒𝐇 𝐇𝐄𝐑𝐎 @ 𝐉𝐄𝐑𝐀𝐈 𝐆𝐄𝐎𝐏𝐀𝐑𝐊’ 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐊𝐓𝐈𝐑𝐀𝐅𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐎 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐔𝐍𝐄𝐒𝐂𝐎 𝟐𝟎𝟐𝟔

Program ini telah dijalankan dengan kerjasama daripada Jerai Hill Resort, Ahli-Ahli Majlis, JPS, JKR, SWCorp,E-Idaman, AADK dan penduduk kampung Jalan Kepala Bukit, Guar Chempedak.

Aktiviti yang dilakukan adalah gotong royong untuk membersihkan semak samun di sekitar kawasan Kaki Gunung Jerai sebagai persiapan laluan alternatif jalan keluar bagi pengunjung dan pengguna kenderaan di kawasan tersebut pada musim cuti sekolah dan cuti am.

Program ini telah dimulakan dengan penanaman 7 anak pokok yang disempurnakan oleh Puan Noorul Azyyati Binti Ahmad Salmi, BCK., Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) dan Encik Mohd Akmal Bin Azimi, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan).

Aktiviti diteruskan dengan pembahagian zon pembersihan dan edaran peralatan kepada peserta untuk pembersihan rumput dan sampah sarap di sepanjang 673 meter jalan Kampung Kepala Bukit.

Diharapkan dengan usaha dan cadangan laluan alternatif ini dapat mengurangkan kesesakan lalulintas dan memberi keselesaan kepada semua.

Skip to content