LAWATAN KE MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

Lawatan sambil belajar yang diadakan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) ke Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Lawatan disertai oleh Yang Dipertua MPSPK Dato Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., SDK, AMK., BCK, Setiausaha MPSPK Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK, Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Cik Natasya binti Ismail, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran Haji Ayob bin Din, PCK, Ketua Bahagian Undang-Undang, Cik Shashabilla binti Ahmad Sukri dan beberapa kakitangan MPSPK yang berkaitan.

Tujuan lawatan adalah bagi perkongsian maklumat dari segi pengurusan gerai, perlesenan dan penyediaan dokumen perjanjian yang dilaksanakan oleh MPKj bagi menambahbaik pengurusan di MPSPK.

Skip to content