CHARITY RIDE PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH DAN MENTERI BESAR KEDAH
Yang Dipertua MPSPK Dato Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., SDK., AMK., BCK dan Setiausaha MPSPK Puan Noorulhuda binti Mohamed Ali, AMK., BCK berkesempatan menyertai Charity Ride anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah bersama Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, SPMK., AMK yang diadakan di Pantai Merdeka.
Para peserta dilepaskan sekitar jam 7.30 pagi dengan jarak kayuhan sepanjang 27 km bermula dari Merdeka Beach Resort. Kayuhan berakhir pada jam 10.00 pagi. Seterusnya, program disambung dengan ucapan Majlis Penutup oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNK Ybhg Dato’ Wira Haji Isahak bin Murat, DGWK., DSSS., SDK., AMK., BCK dan Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, SPMK., AMK.
Turut hadir bersama menyertai Charity Ride tersebut adalah pegawai-pegawai dan warga kerja MPSPK. Program berakhir sekitar jam 12.00 tengah hari.