15 Februari 2024- Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kulim dengan kerjasama Persatuan-Persatuan Cina Kedah Selatan telah menganjurkan Karnival Tahun Baru Cina Kulim 2024 julung kalinya diadakan di kawasan DUN Kulim, bertempat di Kulim Kwong Hock Keong, Jalan Market, Kulim.

Majlis Perasmian Karnival Sambutan Tahun Baru Cina 2024 dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Wong Chia Zhen, Ahli Majlis Mesayuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India Serta Siam dan NGO juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kulim, Kedah. Turut hadir YB. Tuan Roslan Bin Hashim, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu.

Manakala kehadiran Setiausaha Majlis Perbandaran Kulim (MPKK), Cik Amal Binti Zubir yang mewakili Dato’ Yang Dipertua MPKK juga diiringi pegawai-pegawai MPKK adalah sebagai tanda sokongan pihak majlis untuk mewujudkan hubungan keharmonian dan perpaduan antara kaum melalui program ini. Di samping itu, MPKK juga komited memberi tanda sokongan kepada YB Tuan Wong Chia Zhen, yang sentiasa bersama agensi menggembleng tenaga dan idea demi kesejahteraan pelbagai pihak.

YB Tuan Wong Chia Zhen, Ahli DUN Kulim merakamkan penghargaan semasa ucapan perasmian kepada semua agensi-agensi kerajaan di Daerah Kulim antaranya pihak MPKK yang sentiasa memberikan kerjasama untuk mengendalikan segala isu-isu setempat. Hasratnya adalah untuk menjadikan Kulim sejahtera dan bahagia dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat dan penduduk setempat.

YB Tuan Wong Chia Zhen turut menghargai semangat kerjasama yang kuat melalui persatuan-persatuan dan NGO yang terlibat dalam memastikan rakyat Kulim merasai suasana keceriaan dengan pelaksanaan Karnival Tahun Baru Cina di kawasan tersebut yang turut dihadiri pelbagai kaum.

Menurutnya juga, program ini merupakan salah satu wadah dan agen perantaraan antara pemimpin masyarakat, kerajaan, industri yang akan membawa semangat perpaduan yang tinggi dan muhibah.

Klik untuk gambar sekitar program

All reactions:37Rezuan Abu Samah, Bart Masao and 35 others

Skip to content