Majlis Menandatangani Perjanjian Pembekalan Tenaga Boleh Diperbaharui (S.A.R.E) Bersama Mestron Energy Sdn. Bhd. Dan Tenaga Nasional Berhad.

19.02.2024 (Isnin) – Majlis Perbandaran Kubang Pasu mencipta sejarah dengan menjadi PBT yang pertama di dalam negeri Kedah yang melaksanakan program TBB (Pemasangan Panel Solar). Majlis telah berlangsung di Hotel EDC, UUM Sintok, Kedah.Hadir sama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Badrulhisham Sulaiman; Penolong Pengarah Makro & Penswastaaan, Mohammad Khairol Akmal Adnan; Pengerusi Mestron Energy Sdn Bhd, Dato’ Mohd Zain Mahmood dan Pengurus Besar TNB Negeri Kedah, Wan Ishak Soed.MPKP telah menerima tawaran serta mencapai persefahaman bagi penggunaan Tenaga Boleh Diperbaharui dengan pihak TNB sebagai pembekal tenaga serta, dengan pelaburan oleh pihak Mestron Energy Sdn Bhd iaitu syarikat yang merekabentuk, membina, memasang, memiliki, mengendali dan menyelenggara sistem penjanaan tenaga fotovolta solar untuk menjana dan membekalkan tenaga fotovolta solar.Ikatan kerjasama selama 20 tahun di antara MPKP, TNB dan Mestron Energy Sdn Bhd ini akan memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya dari segi penjimatan kos tenaga di pihak MPKP yang dapat mengurangkan perbelanjaan utiliti seterusnya dapat memberikan penumpuan perkhidmatan optima kepada penduduk setempat.

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

Skip to content