PELAWAAN TAWARAN MENGURUS SATU (1) ACARA LARIAN ALOR SETAR FULL/HALF MARATHON MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR SECARA REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) UNTUK TAHUN 2024
PELAWAAN TAWARAN MENGURUS SATU (1) ACARA LARIAN ALOR SETAR FULL/HALF MARATHON MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR SECARA REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) UNTUK TAHUN 2024
NO. SEBUTHARGA: MBAS/BBK/RFP/02/2024
Tawaran ini terbuka kepada orang ramai dan pengusaha yang berpengalaman dan berminat untuk mengurus acara Larian Full Marathon dan Half Marathon Majlis Bandaraya Alor Setar. Sehubungan itu, adalah dipelawa individu atau syarikat yang berminat untuk mengemukakan kertas cadangan “Request For Proposal” (RFP) bagi pengurusan acara di atas.
Pemohon yang berminat hendaklah mengemukakan kertas cadangan yang mempunyai maklumat lengkap dan wajib mengikut garis panduan penyediaan kertas cadangan seperti di borang ‘A’ dan boleh didapati di Bahagian Bekalan Dan Kontrak, Tingkat 8, Menara MBAS.
Syarikat perlu mengambil borang tersebut sebagai panduan utama bagi cadangan syarikat. Hal ini akan dinilai oleh MBAS bagi setiap cadangan yang dikemukakan.