๐Ÿ๐Ÿ– ๐…๐ž๐›๐ซ๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ โ€“ Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) dengan kerjasama Pejabat Pertanian daerah Kulim, Pejabat Perpaduan daerah Kulim dan penduduk Bandar Permata Lunas Fasa 2, telah mengadakan Program Gerak Kerja Rakan Taman dan Tuaian Tanaman Sayur bertempat di Kebun Komuniti Bandar Permata Lunas Fasa 2, Kulim.

Program dimulakan dengan taklimat Rakan Taman yang disampaikan oleh Ts. Rozita binti Awang, Penolong Pengarah Bahagian Landskap MPKK berkenaan dengan elemen serta pengurusan Kebun Komuniti. Program perasmian telah dirasmikan oleh TPr. Haji Hamzah bin Ab. Halim, Pengarah Jabatan Perancangan dan Landskap MPKK mewakili Datoโ€™ Yang Dipertua MPKK serta diiringi Encik Jusri bin Mohd Nayan, Ahli Majlis MPKK (Zon 13) dan Puan Hajjah Ummi Kalsom binti Ishak selaku Pegawai Penyelaras Kebun Komuniti Bandar, Jabatan Perancangan dan Landskap MPKK.

Dalam ucapan Tuan Haji Hamzah berkata โ€œmelalui aktiviti penanaman Kebun Komuniti ini akan mewujudkan hubungan baik secara bermuafakat diantara manusia khususnya, disamping dapat memelihara alam sekitar dan secara tidak langsung dapat memanfaatkan kaedah tanaman yang bersifat ke arah pertanian pintar (Smart Farming). Tahniah diucapkan atas kerjasama penduduk Bandar Permata Lunas Fasa 2 dalam menjayakan tanaman di Kebun Komuniti iniโ€.

Pengerusi Kebun Komuniti Bandar Permata Lunas Fasa 2, Encik Mohammad Nasrul bin Jasamai berkata โ€œKebun Komuniti ini telah ditubuhkan pada 23 Julai 2023 yang lalu selepas mendapat maklum balas dan sokongan yang amat baik dari pihak MPKK dan Jabatan Pertanian bermula dengan proses penanaman, pembajaan dan kawalan tanaman seterusnya pada hari ini peringkat proses akhir iaitu menuai hasil tanaman.โ€

โ€œTerdapat beberapa pelan jangka masa pendek dan jangka masa panjang bagi Kebun Komuniti ini diantaranya memperluaskan lagi batas tanaman seperti pokok limau, betik dan serai serta mewujudkan Smart Farming dengan memfokuskan kepada pengamalan organikโ€ ujarnya lagi.

Turut hadir, Puan Nurul Ain binti Mohd Nadri Pegawai Pertanian daerah Kulim, Puan Arisyawati binti Alaudin Pegawai Perpaduan Daerah Kulim dan Bandar Baharu, Ustaz Najib bin Desa, Imam Kariah Bandar Permata Lunas Fasa 2 serta seluruh penduduk Taman Bandar Permata Lunas Fasa 2.

Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Gerak Kerja Kebun Komuniti Bandar Permata Lunas ini!

Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content