OPERASI BERSEPADU SSM BERSAMA PERKESO DAN MAJLIS PERBANDARAN KUBANG PASU

Jitra Kedah, 20 Februari 2024 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Kedah telah menganjurkan operasi bersepadu bersama PERKESO Negeri Kedah dan Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) pada hari ini 20 Februari 2024. Operasi ini diketuai oleh En Zulkapli bin Salim, Pengurus Seksyen Penguatkusaan SSM Kedah dan turut serta En Ahmad Rizwan Hassan bin Basroh, Timbalan Pengarah Perkeso Negeri Kedah dan En Wan Mohd Helmy bin Wan Daud, Pengarah Penguatkuasa MPKP.Seramai 32 orang pegawai dan anggota daripada ketiga-tiga agensi penguatkuasaan ini terlibat dalam operasi ini yang bertujuan untuk memastikan pematuhan pemilik perniagaan dan majikan kepada undang-undang yang dikawal selia oleh setiap agensi terlibat disamping mengeratkan hubungan kerjasama di antara agensi penguatkuasaan.Hasil daripada operasi ini sebanyak 46 premis syarikat dan perniagaan telah diperiksa. SSM telah mengeluarkan sebanyak 9 notis kompaun manakala PERKESO telah mengeluarkan sebanyak 11 notis kompaun dan MPKP telah mengeluarkan sebanyak 11 notis kompaun bagi kesalahan-kesalahan yang telah dikesan semasa operasi bersepadu dijalankan.

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

Skip to content