23 FEBRUARI 2024 (JUMAAT) , Majlis Daerah Bandar Baharu telah mengadakan lawatan ke Majlis Daerah Cameron Highlands yang turut dihadiri oleh Tuan Mohd Noor Bin Ismail., AMK., BCK., Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu.

Taklimat telah diadakan di Dewan Nur Ilham dan pelbagai perkongsian ilmu telah dibentangkan sepanjang taklimat diadakan.

Semoga kerjasama antara kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Majlis Daerah Bandar Baharu amat berbesar hati dan sekalung penghargaan untuk Majlis Daerah Cameron Highlands dalam menyantuni pihak MDBB sepanjang lawatan tersebut.

Turut hadir bersama ialah Setiausaha dan Kakitangan Majlis Daerah Bandar Baharu.

Skip to content