22 Februari 2024 – Sesi lawatan turun padang (TUPA) delegasi Biro Pengaduan Awam (BPA) diketuai oleh YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Pengarah BPA, Jabatan Perdana Menteri dan turut disertai oleh pegawai- pegawai BPA Pulau Pinang/Kedah/Perlis.
MPKK menyambut lawatan TUPA BPA ini yang dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK bertempat di Jalan Kampung Sungai Limau dan Taman Sri Seladang, Lunas.
Lawatan ini diadakan bagi meninjau aduan serta isu berkaitan di kawasan tersebut.Turut hadir bersama sesi lawatan ini, Pengarah-pengarah serta wakil jabatan MPKK yang terlibat.