MAJLIS PELANCARAN BUKU PROSEDUR PENYERAGAMAN PENGUATKUASAAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) NEGERI KEDAH DARUL AMAN SIRI II
Sekitar Majlis Pelancaran Buku Prosedur Penyeragaman Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kedah Darul Aman Siri II bertempat di Dewan As-Sakinah Menara Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Mejar (B) Mansor bin Zakaria, AMK., PCK., PNBB., PPS, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah.
Turut Hadir ke majlis tersebut Yang Dipertua MPSPK Dato Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., SDK., AMK., BCK., Setiausaha MPSPK Puan Noorulhuda binti Mohamed Ali, AMK., BCK serta para pegawai Penguatkuasaan dan pegawai Undang-Undang daripada Majlis Perbandaran Sungai Petani dan seluruh PBT di Negeri Kedah Darul Aman.