Majlis Pelancaran Buku Prosedur Penyeragaman Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah Darul Aman Siri II

25 Februari 2024 (Ahad) – Majlis Pelancaran Buku Prosedur Penyeragaman Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah Darul Aman Siri II telah berlangsung di Dewan Besar As-Sakinah, Menara MBAS, Alor Setar Kedah. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah, YB Mejar (B) Mansor Bin Zakaria hadir bagi merasmikan pelancaran tersebut.

Objektif utama buku prosedur penyeragaman penguatkuasaan ini adalah bagi mendokumentasikan setiap langkah dan tindakan dalam penguatkuasaan undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah.

Selepas pemakaian buku Siri I pada tahun 2014, Jabatan Undang-Undang dan Jabatan Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah telah mengambil inisiatif dengan mengadakan bengkel Prosedur Penyeragaman Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah dan Bengkel Pemurniaan Prosedur Penyeragaman Penguatkuasaan Negeri Kedah. Hasil daripada inisiatif tersebut, empat (4) prosedur yang baru telah ditambah baik di dalam buku Prosedur Penyeragaman Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah Darul Aman Siri II iaitu Prosedur Pengurusan Kenderaan Terbiar, Prosedur Pelupusan Barang Yang Disita Dan Dipindahkan Melalui Tindakan Penguatkuasaan, Prosedur Penangkapan Dan Pelupusan Anjing Berkeliaran, Prosedur Penguatkuasaan Binaan Tanpa Kebenaran Di Bawah Akta 133.

Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kubang pasu, Badrulhisham Bin Haji Sulaiman hadir bersama Ketua Jabatan Penguatkuasaan dan Ketua Jabatan Perundangan bagi menerima penyerahan Buku Prosedur Penyeragaman Penguatkuasaan Siri ll.

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

Skip to content