Program dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Kedah, Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu, Majlis Daerah Bandar Baharu dan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dengan panel penceramah yang dibawakan khas daripada Jabatan Mufti Negeri Kedah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.

Ahli panel yang terlibat adalah YBhg.Tuan Syeikh Marwazi bin Dziyauddin (Timbalan Mufti Negeri Kedah), YBhg. Dr. Syeikh Hazizan bin Md. Desa (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah) dan bersama moderator YBhg. Tuan Sheikh Mohd Fadhil Bin Abd. Rahman (Pegawai Agama Daerah Bandar Baharu).

Program ini dijalankan secara bersemuka dan bersiaran langsung menerusi “Facebook Majlis Daerah Bandar Baharu” yang dihadiri oleh Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohd Noor Bin Ismail., AMK., BCK., bersama-sama Jabatan dan Agensi Daerah Bandar Baharu, Ahli-Ahli Jawatankuasa Masjid Daerah Bandar Baharu, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu serta guru-guru agama.

Program ini telah berlangsung di Dewan Serdang Event Halls, Serdang Kedah pada jam 9.30 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari yang dimulakan dengan ceramah yang menekankan fatwa-fatwa di bulan ramadan dan diakhiri dengan sesi soal jawab antara para panel dan peserta yang hadir.

Skip to content