CADANGAN PEMBANGUNAN: TAWARAN MEMASANG & MENGURUS PENGECAS KENDERAAN ELEKTRIK DI TEMPAT LETAK KERETA MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

NO. SEBUTHARGA: MBAS/BBK/RFP/01-2024

Tawaran ini terbuka kepada pengusaha yang berpengalaman dan berminat untuk Memasang Dan Mengurus Pengecas Kenderaan Elektrik Di Tempat Letak Kereta Majlis Bandaraya Alor Setar, Alor Setar Kedah. Sehubungan itu, adalah dipelawa syarikat yang berminat untuk mengemukakan kertas cadangan “Request For Proposal” (RFP) bagi pengurusan tersebut. Rujuk Lampiran (A) IKLAN TAWARAN untuk maklumat lanjut.

Pemohon yang berminat hendaklah mengemukakan kertas cadangan yang mempunyai maklumat lengkap dan wajib mengikut garis panduan penyediaan kertas cadangan seperti di borang ‘A’ dan boleh didapati di Bahagian Bekalan Dan Kontrak, Tingkat 8, Menara MBAS.

Syarikat perlu mengambil borang tersebut sebagai panduan utama bagi cadangan syarikat. Hal ini akan dinilai oleh MBAS bagi setiap cadangan yang dikemukakan.

Tarikh Tutup Tawaran: 17 MAC 2024  Sebelum JAM 12.00 TENGAHARI

(A) IKLAN TAWARAN – muat turun iklan 
Skip to content