MAJLIS PELANCARAN PROGRAM TRASH4PROTECTION BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH

Yang Dipertua MPSPK Dato Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., SDK., AMK., BCK telah hadir merasmikan Majlis Pelancaran Program “Trash4Protection” pagi tadi bertempat di Tempat Letak Kereta bersebelahan Padang Hoki MPSPK. Program ini merupakan kerjasama antara Syarikat WasteToWealth Holding (M) Sdn Bhd dan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah.

Turut hadir Setiausaha MPSPK Puan Noorulhuda binti Mohamed Ali, AMK., BCK., Pengarah-Pengarah Jabatan dan Ketua-Ketua Bahagian MPSPK. Yang Dipertua MPSPK turut melakukan Gimik Pelancaran Program dengan menunjukkan langkah-langkah mendepositkan bahan kitar semula kepada para jemputan yang hadir.

Skip to content