23 Februari 2024, Putrajaya – Delegasi Kunjungan Hormat ke atas Ketua Setiausaha Negara, Y.BHg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali diketuai oleh Yang Dipertua MPKK, Y.Bhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, diiringi bersama Setiausaha dan beberapa pegawai MPKK.

Kunjungan hormat ini juga sebagai simbolik kepada usaha mempereratkan hubungan silaturahim antara penjawat awam kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

“Segala ilmu, pengalaman dan pandangan yang dikongsi dalam menerajui urus tadbir sektor awam ini dapat dijadikan sebagai rujukan dan inspirasi buat saya dan para pegawai dalam mengurus tadbir organisasi Majlis Perbandaran Kulim.”

“Sesungguhnya, program kunjungan hormat kepada Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Ketua Setiausaha Negara merupakan suatu pengalaman yang sangat berharga kepada saya dan para pegawai.” ujar Dato’ Yang Dipertua.

Sekian, Terima kasih.

Skip to content