Program ini dianjurkan oleh Majlis Daerah Bandar Baharu bertempat di Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah bermula jam 9.00 pagi.

Program dimulakan dengan pendaftaran para peniaga bazar dan diserikan dengan bacaan doa serta ucapan aluan daripada Setiausaha Majlis Daerah Bandar Baharu, Encik Mohamad Izwan Bin Dato’ Paduka Mohd Omar.

Program diteruskan lagi dengan sumbangan cenderahati kepada penceramah taklimat yang hadir iaitu daripada Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu dan pihak SWCorp.

Seterusnya penyampaian taklimat berkenaan Keselamatan dan Kebersihan Pengendalian Makanan oleh pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu dan juga taklimat berkenaan Pengurusan Sisa pepejal dan Pembersihan Awam daripada wakil pihak SWCorp.

Program diakhiri dengan cabutan undi tapak bagi semua peniaga bazar yang telah berdaftar.

Skip to content