Program Gotong-Royong Perdana Kubang Pasu Tahun 2024

7 Mac 2024 (Khamis) – Majlis Perbandaran Kubang Pasu telah menganjurkan Program Gotong-Royong Perdana yang melibatkan penglibatan beberapa agensi telah diadakan di kawasan Kubang Pasu yang meliputi Kemunting hingga ke Pekan Kepala Batas. Program yang berlangsung seawal jam 7.30 pagi melihatkan penyertaan yang memberangsangkan.

Fokus utama gotong-royong ini adalah untuk pembersihan kawasan persekitaran, mengecat bahu jalan dan pembersihan longkang. Tujuan utama adalah untuk memastikan kawasan Kubang Pasu sentiasa bersih bagi menyambut Tahun Melawat Kedah 2025 pada tahun hadapan.

Majlis Perbandaran Kubang Pasu akan terus menganjurkan aktiviti seperti ini bagi mengukuhkan kerjasama dan jalinan ukhwah dengan agensi-agensi lain. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada agensi-agensi yang terlibat dalam melaksanakan program ini.

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

Skip to content