KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Kontraktor-kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) di negeri Kedah Darul Aman serta MPSPK yang masih dibenar membuat kerja-kerja sebut harga adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini.
BIL. | NO. SEBUT HARGA | PROJEK | SYARAT PENDAFTARAN | TARIKH TAKLIMAT / LAWATAN TAPAK |
1. | 21/2024 (KEJ) |
Kerja-Kerja Menaik Taraf Jalan di Taman Sungai Jagong, Sungai Petani, Kedah Darul Aman | Berdaftar dengan CIDB Gred G2 Kategori CE Pengkhususan CE01 |
-Tiada- |
2. | 22/2024 (KEJ) |
Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah Darul Aman | Berdaftar dengan CIDB Gred G2 Kategori CE Pengkhususan CE01 |
-Tiada- |
3. | 23/2024 (KEJ) |
Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan di Taman Ria Indah, Sungai Petani, Kedah Darul Aman | Berdaftar dengan CIDB Gred G2 Kategori CE Pengkhususan CE01 |
-Tiada- |
4. | 24/2024 (KEJ) |
Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah Darul Aman | Berdaftar dengan CIDB Gred G2 Kategori CE Pengkhususan CE01 |
-Tiada- |
5. | 25/2024 (KEJ) |
Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah Darul Aman | Berdaftar dengan CIDB Gred G2 Kategori CE Pengkhususan CE01 |
-Tiada- |
6. | 26/2024 (KEJ) |
Kerja-Kerja Menaik Taraf Jalan di Persimpangan Taman Delima, Sungai Petani, Kedah Darul Aman | Berdaftar dengan CIDB Gred G2 Kategori CE Pengkhususan CE01 |
-Tiada- |
Harga Dokumen :RM20.00 senaskhah (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)
Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 4, Jabatan Kewangan, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman mulai 18 Mac 2024 pada hari dan waktu seperti di bawah :-
Ahad – Rabu | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
1.30 petang – 4.00 petang | ||
Khamis | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
1.30 petang – 2.30 petang |
Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebut harga di atas hendaklah datang sendiri (wakil tidak dibenarkan) membawa bersama cop syarikat, dokumen asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB), Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Sijil Akuan Pendaftaran Pembekal yang dikeluarkan oleh MPSPK.
Tarikh tutup sebut harga ialah pada 24 Mac 2024, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis nama tawaran serta nombor sebut harga dan di hantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebut Harga di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 4, Jabatan Kewangan, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Tarikh Iklan : 11 Mac 2024