SESI UJIAN KECERGASAN JASMANI KESIHATAN (UKJK) UNTUK PERJAWATAN MPSPK

Jabatan Khidmat Pengurusan yang diketuai oleh Encik Ashri bin Omar bersama Encik Mohd Zuraimi bin Zulkefly telah mengadakan UKJK yang telah diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 10 Mac 2024 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi
Lokasi : Dewan Bankuet, Aras 6, Menara MPSPK
Ujian kecergasan tersebut telah disempurnakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Cawangan Kuala Muda yang diketuai oleh Encik Kamarol Azlan bin Abdul Hamid. Seramai 103 peserta yang telah hadir menjalani ujian tersebut.

Skip to content