Human Resource Development Corporation (HRD Corp) ditadbir di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 (Akta PSMB 2001). Akta ini menggariskan peranan dan tanggungjawab HRD Corp terhadap pemegang taruhnya serta kuasa dan tanggungjawabnya sebagai pengawal selia industri. Akta PSMB 2001 tertumpu kepada senarai sektor dan subsektor yang diliputi di bawah akta ini, yang memberi mandat kepada HRD Corp untuk mengutip levi pada kadar 1% daripada jumlah kos gaji bulanan pekerja bagi syarikat yang mempunyai 10 pekerja Malaysia atau lebih.

Majikan yang tersenarai di bawah sektor dan subsektor yang diliputi dan memenuhi kriteria pekerja minimum adalah wajib untuk mendaftar dengan HRD Corp dan membayar levi ini. Akta ini juga memperuntukkan pendaftaran pilihan bagi majikan yang mempunyai lima (5) hingga sembilan (9) pekerja Malaysia dan mereka yang tidak berada dalam senarai sektor dan subsektor mandatori.

Rasional
Sebagai sebuah peneraju utama dalam usaha memangkin pembangunan bakat Malaysia, adalah penting untuk HRD Corp menyelia sebanyak mungkin majikan dan pekerja. Ini akan membolehkan HRD Corp menyokong mereka secara menyeluruh dalam perjalanan peningkatan kemahiran, kemahiran semula, kemahiran silang dan pelbagai kemahiran mereka melalui skim, inisiatif dan program di bawah HRD Corp. Untuk melakukan ini dengan berkesan, HRD Corp komited untuk memastikan majikan memahami peranan penting yang mereka mainkan dalam membentuk kemahiran dan pengetahuan pekerja mereka melalui program latihan dan pembangunan yang betul. Ini akan membolehkan syarikat meningkatkan produktiviti organisasi dan memacu matlamat perniagaan, di samping membangunkan tenaga kerja yang berdaya saing di peringkat global dan bersifat sedia industri.

Maklumat lanjut mengenai HRD Corp boleh di dapati di https://www.hrdcorp.gov.my.

Skip to content