GOTONG ROYONG DAN OPERASI BERSEPADU MEMBANTERAS AEDES DI KAWASAN TAMAN BERSATU, KUALA KEDAH

17 Februari 2024 (Sabtu) – Program Gotong Royong dan Operasi Bersepadu Membanteras Aedes Di Kawasan Alor Setar yang telah dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar bersama-sama rakan strategik iaitu Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar, SWCorp, E-Idaman, RELA, PDRM serta Pelajar Pelatih Perubatan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertempat di kawasan Taman Bersatu, Kuala Kedah. Program turut diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Kuala Kedah, YB Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi diiringi Ahli Majlis MBAS, En. Mohd Azizi Bin Abdullah.
 
Program Gotong Royong dan Operasi Bersepadu ini diadakan bertujuan untuk mencegah dan mengawal penularan wabak denggi di kawasan berkenaan. Risalah dan Abate turut diedarkan kepada penduduk bagi kempen kesedaran serta mencegah pembiakan nyamuk aedes di kawasan berkenaan.
 
Hasil daripada operasi penguatkuasaan bersepadu Aedes di taman bersatu kuala kedah MBAS telah mengeluarkan 6 Kompaun dibawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pasar Malam/Sehari MBAS 2013, UUK Pelesenan Establisyment Makanan(MPKS) 1989, UUK Iklan MBAS 2010 dan 87 notis melibatkan UUK Mencegah Kekotoran PBT Negeri Kedah 1983 dan UUK Pelesenan Anjing dan Rumah pembiakan Anjing MBAS 2010.
 
Skip to content