MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL SUKAN PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (MALA) 2024

22 Februari 2024, Melaka – Majlis Perasmian Karnival Sukan Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) Tahun 2024 yang telah berlangsung petang tadi bertempat di Dewan Bola Keranjang, Taman Bandaraya Bukit Serindit, Melaka.
 
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran , Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana . Hadir sama timbalannya , YB Datuk Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB merangkap Presiden MALA, Datuk Bandar dan YDP Pihak Berkuasa Tempatan satu Malaysia.
Karnival Sukan MALA Tahun 2024 ini disertai 57 kontinjen sukan daripada PBT seluruh Malaysia di mana sebanyak 4 acara dipertandingkan iaitu hoki 7 sebelah, dart , sepak takraw dan futsal yang dianjurkan oleh keempat-empat PBT Negeri Melaka.
 
Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud turut hadir ke majlis tersebut untuk bersama-sama kontinjen sukan MBAS yang akan bertanding dalam acara dart, sepak takraw dan futsal di kejohanan sukan berkenaan.
ALL THE BEST MBAS!!!
 
Skip to content