MBAS PRIHATIN : FOKUS BAIK PULIH DAN BINA BAHARU RUMAH DI BANDAR RAYA ALOR SETAR MELALUI PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR (PPKB)

15 Februari 2024 (Khamis) – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) terus fokus menaikkan tahap sosioekonomi masyarakat termasuk meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah di kawasan Bandar Raya Alor Setar dengan melaksanakan bantuan baik pulih dan bina baharu rumah melalui Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) di bawah peruntukan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
 
Ketua Bahagian Komuniti dan Local Agenda (LA21) MBAS, En. Faizal bin Abu Bakar berkata Majlis Bandaraya Alor Setar bertanggungjawab menerima permohonan daripada penduduk-penduduk di Bandar Raya Alor Setar untuk diangkat ke KPKT bagi proses kelulusan serta menguruskan kerja-kerja baik pulih dan bina rumah baharu selesai dijalankan.
 
“Sepanjang tahun 2023, kita telah menerima hampir seratus lebih permohonan dan sebanyak 32 permohonan baik pulih rumah serta 2 permohonan bina rumah baharu telah diluluskan oleh KPKT. Untuk pengetahuan semua juga, KPKT telah memperuntukkan sebanyak RM15 ribu untuk kos baik pulih rumah dan RM65 ribu bagi kos bina rumah baharu bagi setiap permohonan”.
“Pada tahun 2024, saya telah dimaklumkan bahawa peruntukan yang akan diterima oleh KPKT bakal ditambah menjadikan kos baikpulih rumah sebanyak RM18 ribu dan dan kos bina baharu rumah sebanyak RM85 ribu”.
 
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan program bina rumah baharu dan baik pulih rumah di kawasan pentadbiran MBAS. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Pejabat Pembangunan Negeri Kedah di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).
 
Beliau turut mengalu-alukan kepada semua penduduk di Bandar Raya Alor Setar yang terdiri daripada golongan B40 untuk datang ke pejabat Bahagian Komuniti dan Local Agenda (LA21) MBAS, tingkat 9, Menara MBAS untuk membuat permohonan sekiranya berkelayakan bagi bantuan tersebut.
“Permohonan bagi tahun 2024 ini telah dibuka mengikut fasa sehingga 30 November 2024. Jadi, saya berharap pada tahun 2024 ini kita dapat membantu lebih ramai penduduk di Bandar Raya Alor Setar yang memerlukan terutamanya bagi bantuan seperti ini”, ujarnya.
 
Muat Turun KRITERIA KELAYAKAN LENGKAP PERMOHONAN BAIK PULIH RUMAH & BINA BAHARU RUMAH DI BANDAR MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR BAGI TAHUN 2024 di :
 
Tarikh Permohonan: FASA 2 (01.01.2024 – 31.04.2024)
Dapatkan BORANG PERMOHONAN di:
JABATAN PEMBANGUNAN KEMASYARAKATAN
MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
TINGKAT 9, MENARA MBAS
JALAN KOLAM AIR,
05675 ALOR SETAR, KEDAH
MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI: 04-7204776 (PUAN HAFIZAH)
 
Skip to content