MBAS SERTAI KEJOHANAN SUKAN PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (MALA) 2024

20 Februari 2024 (Selasa) – Penyerahan bendera buat kontinjen sukan MBAS yang akan menyertai Kejohanan Sukan Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) 2024 yang akan berlangsung di Melaka dari 22 – 25 Februari 2024. Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud pagi tadi yang bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Humaira, Tingkat 8, Menara MBAS. Hadir sama Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil bin Noh, Pengurus-pengurus dan pemain.
 
Selamat Maju Jaya diucapkan buat seluruh kontinjen MBAS. All the best!!!
 
Skip to content