PROGRAM LIBAT URUS MBAS BERSAMA PENGURUS DEWAN ORANG RAMAI DAN JAWATANKUASA PENDUDUK TAMAN-TAMAN PERUMAHAN BANDAR RAYA ALOR SETAR TAHUN 2024

02 Mac 2024, Sabtu – Program Libat Urus Majlis Bandaraya Alor Setar Bersama Pengurus Dewan Orang Ramai Dan Jawatankuasa Penduduk Taman-Taman Perumahan Bandar Raya Alor Setar Tahun 2024 yang telah diadakan pagi tadi bertempat di Dewan Orang Ramai, Taman Sri Gunung, Alor Setar.
Program bermula dengan sesi pengenalan Ahli Majlis MBAS dan taklimat mengenai Dewan Orang Ramai dan Jawatankuasa Penduduk yang telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Komuniti dan Local Agenda (LA21) MBAS, En. Faizal bin Abu Bakar. Seterusnya sesi libat urus bermula dengan pelbagai isu serta cadangan telah dikemukakan oleh Pengurus Dewan Orang Ramai Dan Jawatankuasa Penduduk Taman-Taman Perumahan bersama Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud.
 
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah telah bersidang dan memutuskan bahawa semua pengurusan Dewan Orang Ramai dan dewan serbaguna yang dibina menggunakan peruntukan Kerajaan dan di atas tanah kerajaan hendaklah diambil alih oleh Pihak Berkuasa tempatan atau Pejabat Daerah bagi kawasan luar bandar. Harapan MBAS supaya dewan orang ramai ini sentiasa menjadi pusat kegiatan bersama komuniti setempat dengan pelbagai penganjuran program-program kemasyarakatan untuk keharmonian penduduk setempat.
 
Dalam aspek kesejahteraan penduduk, kewujudan Jawatankuasa Penduduk amatlah penting kerana ianya dapat membantu Kerajaan Negeri dan PBT untuk berinteraksi secara langsung dengan penduduk dan membawa isu untuk ditangani bersama. Langkah ini juga akan memberi peluang dan menggalakkan penyertaan penduduk (public participation) di taman-taman perumahan dengan program-program yang dianjurkan.
 
MBAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengurus Dewan Orang Ramai Dan Jawatankuasa Penduduk Taman-Taman Perumahan yang telah hadir menyampaikan pelbagai isu dan cadangan kepada pihak MBAS. Dengan inisiatif seperti ini, pihak MBAS berharap ianya akan mungukuhkan lagi hubungan antara penduduk bersama pihak MBAS dan Ahli Majlis MBAS demi kesejahteraan penduduk ke arah mencapai Bandaraya Berdayahuni 2035.
 
Hadir sama di program tersebut Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil Bin Noh, Ahli-Ahli Majlis MBAS serta Pengarah-Pengarah dan Ketua Bahagian MBAS.
 
Senarai Ahli Majlis MBAS bagi Penggal Oktober 2023 hingga Disember 2025 di pautan berikut :
 
Skip to content