SESI PERJUMPAAN MBAS BERSAMA PENIAGA-PENIAGA MEDAN SELERA PASAR BESAR MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
29 Februari 2024 (Khamis) – Sesi perjumpaan Bahagian Pengurusan Pasar dan Penjaja, MBAS bersama pihak peniaga Medan Selera Pasar Besar, Alor Setar yang telah berlangsung bertempat di Dewan Mesyuarat Al-Wafa, Tingkat 8, Menara MBAS. Sesi perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Dan Persekitaran MBAS, Encik Mohd Khairuddin Bin Idris.
Beberapa perkara dan isu telah dibincangkan meliputi hal-hal pelaksanaan kadar sewaan baharu, keluasan dan keadaan ruang niaga, utiliti dan penyelenggaraan, tanggungjawab sosial, kontrak pengawal keselamatan serta perancangan menaik taraf.
Hadir sama di sesi perjumpaan tersebut Ahli-Ahli Majlis MBAS, Ketua Bahagian Pengurusan Pasar Dan Penjaja MBAS, Puan Jazilah bt Jalaludin serta kakitangan terlibat.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'