13 Mac 2024 – Majlis Perbandaran Kulim dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kulim dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Kulim telah melancarkan Ops Ramadhan 2024 dan sesi walkabout di Tapak Bazar Ramadhan Taman Mahsuri, Padang Serai.

Majlis disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim bersama YBrs. Dr. Mohd Zukri Bin Ibrahim, Pegawai Kesihatan Daerah Kulim dengan gimik pemakaian apron dan topi pada pengendali makanan.

Majlis diteruskan dengan walkabout dan penyerahan cenderahati kepada para peniaga. Pasukan pemeriksa yang terdiri daripada anggota Pejabat Kesihatan Daerah Kulim dan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Kulim telah menjalankan pemeriksaan ke atas 102 gerai jualan yang beroperasi di bazar tersebut.

Program diadakan bagi mempromosikan amalan keselamatan makanan di peringkat pengusaha dan pengendali Bazar Ramadhan. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis.

Pejabat Kesihatan Daerah Kulim – PKD Kulim

Unit Promosi Kesihatan PKD KULIM

#MajlisPerbandaranKulim

#KeselamatanMakananTanggungjawabBersama

#pkdkulim#BKKM

Skip to content