SEMINAR JARINGAN LENGGONG GEOPARK 2024 SEMPENA MAJLIS PEMASYHURAN LENGGONG GEOPARK

Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah telah dijemput untuk membuka ruang pameran di Seminar Jaringan Lenggong Geopark yang diadakan bermula 5 Mac sehingga 8 Mac 2024 bertempat di Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak. MPSPK yang diwakili oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JPM), Dr. Mohd Amin bin Ali, AMK., BKM bersama kakitangan JPM telah hadir bagi memperkenalkan Jerai Geopark.

Hadir menyempurnakan majlis tersebut ialah DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan yang juga turut berkunjung ke ruang pameran MPSPK dan diberi penerangan mengenai Jerai Geopark oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat.

Skip to content