Operasi Bersepadu Bulan Ramadhan 2024 Majlis Perbandaran Kubang Pasu dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu dan Pejabat Daerah Kesihatan Kubang Pasu

18 Mac 2024 (Isnin) – Majlis Perbandaran Kubang Pasu dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu dan Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu telah mengadakan operasi bersepadu membanteras aktiviti penjualan makanan dan minuman pada awal pagi. Operasi yang telah berlangsung di sekitar Kubang Pasu berjaya membongkar beberapa ‘port’ yang menjadi tumpuan golongan yang ponteng puasa.

Hasil daripada operasi ini, beberapa kompaun telah berjaya dikeluarkan kepada pemilik premis dan individu yang disyaki ditangkap membeli sewaktu serbuan berlangsung.

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (QS. Al Baqarah: 183).

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

Skip to content