Mesyuarat diadakan secara bersemuka yang dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohd Noor bin Ismail, AMK., BCK., bermula jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Serdang Event Halls, Serdang, Kedah.

Mesyuarat dimulakan dengan aluan pengerusi yang mengalu-alukan semua kehadiran Ahli-Ahli Mesyuarat yang terlibat.

Mesyuarat diteruskan dengan sesi verifikasi guna tanah semasa bagi kajian Penggantian RTMDBB 2035 yang diketuai oleh Puan Hamidah Bt Khalil, Pengurus Projek Kajian RTMDBB 2035, Pejabat Projek Zon Utara (PPZU).

Verifikasi ini bertujuan untuk mendapatkan kepastian dan pengesahan ke atas data guna tanah semasa Daerah Bandar Baharu yang dikemaskini oleh pasukan kajian dan memastikan data tersebut tepat dan terkini sebelum data ini diserahkan kepada perunding untuk peringkat seterusnya.

Turut hadir bersama di dalam mesyuarat ini ialah Setiausaha, Ketua-Ketua Jabatan Bahagian Agensi Teknikal Negeri Kedah, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, Ahli-Ahli Majlis, Penghulu-Penghulu Mukim, Bahagian Perancangan Pembangunan MDBB dan Ketua Unit Osc MDBB.

Skip to content