KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Kontraktor-kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) di negeri Kedah Darul Aman serta MPSPK yang masih dibenar membuat kerja-kerja sebut harga adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini.

BIL. NO. SEBUT HARGA PROJEK SYARAT PENDAFTARAN TARIKH TAKLIMAT / LAWATAN TAPAK
1. 44/2024
(KEJ)
Kerja-Kerja Menaiktaraf Tandas Awam di Jeti Semeling, Daerah Kuala Muda, MP Sungai Petani Berdaftar dengan CIDB
Gred G2
Kategori B
Pengkhususan B04
Tarikh
27 Mac 2024

Masa
9.00 pagi

Tempat
Tapak Tandas Awam, Jeti Semeling, Sungai Petani

*Lawatan Tapak Di Wajibkan*
2. 55/2024
(KEJ)
Cadangan Kerja-Kerja Membaikpulih Cerun dan Kerja Berkaitan di Lorong Cendana 5/2, Taman Cendana, MP Sungai Petani Berdaftar dengan CIDB
Gred G2
Kategori CE
Pengkhususan CE08
Tarikh
27 Mac 2024

Masa
10.30 pagi

Tempat
Lorong Cendana 5/2, Taman Cendana, Sungai Petani

*Lawatan Tapak Di Wajibkan*

*Wakil syarikat tidak dibenarkan semasa sesi taklimat / lawatan tapak

Harga Dokumen :RM20.00 senaskhah (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 4, Jabatan Kewangan, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman mulai 27 Mac 2024 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    1.30 petang – 4.00 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    1.30 petang – 2.30 petang

Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebut harga di atas hendaklah datang sendiri (wakil tidak dibenarkan) membawa bersama cop syarikat, dokumen asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB), Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Sijil Akuan Pendaftaran Pembekal yang dikeluarkan oleh MPSPK.

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 03 April 2024, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis nama tawaran serta nombor sebut harga dan di hantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebut Harga di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 4, Jabatan Kewangan, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 21 Mac 2024

Skip to content