Operasi Bersepadu Bazar Ramadhan Majlis Perbandaran Kubang Pasu Bersama Pejabat Daerah Kesihatan Kubang Pasu 2024/1445H
24.03.2024 (Ahad) – Majlis Perbandaran Kubang Pasu dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu telah menjalankan operasi bersepadu pemeriksaan bazar ramadhan. Operasi telah bermula seawal jam 4.30 petang.
Bazar Ramadhan Taman Mahsuri menjadi tumpuan operasi bersepadu melihatkan keseluruhan peniaga bazar ramadhan diperiksa bagi memastikan para peniaga mematuhi garis panduan dan peraturan yang telah disediakan. Ini adalah untuk memastikan makanan yang dijual tidak tercemar dan bersih.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu