24 Mac 2024 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) bersama dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) mengadakan Bengkel Reformasi Peraturan Melalui Media yang bertujuan untuk memperkasaan kecekapan penyampaian peraturan sedia ada yang dilaksanakan oleh PBT dan agensi teknikal di Kulim, Kedah melalui inisiatif E10 serta meningkatkan keberkesanan reformasi peraturan yang dilaksanakan melalui media. Bengkel Reformasi Peraturan Melalui Media telah diadakan bertempat di Hotel Sunway Seberang Jaya, Pulau Pinang.
YBhg. Dato’ Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK dalam ucapan aluannya berkata “Sejak 3 tahun yang lalu, MPKK dengan bantuan dan kerjasama MPC telah mencipta kejayaan pelaksanaan inisiatif Permit Pembinaan Ekspres (E10) yang telah memberi impak yang sangat besar ke atas peningkatan produktiviti, ekonomi dan daya saing sektor perkilangan di Negeri Kedah khususnya di bandar Kulim”.
“Pendekatan ‘Whole of Government’ dan digitalisasi dalam sistem penyampaian perkhidmatan di MPKK menjadi sokongan kuat kepada kejayaan inisiatif ini. Pendekatan ini diterapkan dengan menarik minat semua pihak berkepentingan yang terlibat seperti anggota MPKK, seluruh agensi teknikal dalaman, agensi teknikal luaran, pelabur/pemaju dan perunding”, ujarnya lagi.
Turut hadir, YBhg. Tuan Haji Zahid bin Ismail, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), YBhg. Dato’ Haji Mohd Shahadan bin Haji Abdullah (TBC), Pengarah Pejabat Tanah Galian Negeri Kedah, Encik Mohamad Azrol Mohamad Dali, Pengarah MPC Pejabat Wilayah Utara, TPr Tuan Haji Hamzah bin Abd Halim, Pengarah Jabatan Perancangan Dan Landskap (MPKK), Puan Nurul Azhani binti Shaharim, Ketua Penolong Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan), Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah, wakil-wakil agensi teknikal luaran dan juga jabatan dalaman MPKK.
Klik untuk gambar sekitar program
#Perbadanan Produktiviti Malaysia – Malaysia Productivity Corporation (MPC)