𝟐𝟓 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍)

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐈𝐇𝐘𝐀 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍- 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐃𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐆𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐁𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐌𝐁𝐔𝐊

Program ini merupakan acara tahunan yang telah dianjurkan bersama agensi/ jabatan Daerah Yan iaitu Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Yan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Yan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah YAN, Jabatan Pertanian Daerah Yan, Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Yan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Yan, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Kelab Kebajikan Rekreasi MDY dan PDTY, Persatuan Jurupandu Jerai Geopark (JAGA), Ahli PUSPANITA Daerah Yan serta kakitangan dan staf Majlis Daerah Yan. Program ini telah dijalankan selama satu hari bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang bertempat di Majlis Daerah Yan, Kedah.

Bubur lambuk merupakan sejenis hidangan yang biasanya dimasak secara bergotong-royong pada bulan ramadhan. Diantara objektif program adalah mengeratkan hubungan antara kakitangan dan staf Majlis Daerah Yan bersama agensi luar lain. Program ini juga merupakan program komuniti dan kemasyarakatan yang melibatkan semua lapisan umur.

Sebanyak empat periuk bubur lambuk yang telah dihasilkan secara bergotong-royong. Bubur lambuk yang siap dimasak pada jam 1.00 tgh hari kemudiannya diagihkan kepada para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Yan, Majlis Daerah Yan, agensi yang turut serta dalam penyediaan dan beberapa jabatan di Daerah Yan.

Puan Pegawai Daerah Yan / YDP Majlis Daerah Yan (Puan Maznim binti Ismail, AMK., BCK.), para Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS) Daerah Yan, Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya(JKR) Yan (Tuan Ir. Sharudin bin Halim, BCK.), Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan (Puan Noorul Azzyati binti Ahmad Salmi, BCK.), para Ahli Jawatankuasa dan warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, para warga kerja Pejabat Majlis Daerah Yan serta Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Yan kemudiannya turut mengagihkan bungkusan bubur lambuk tersebut kepada para pengguna jalan raya di hadapan Pejabat Majlis Daerah Yan dengan kerjasama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Yan.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada seluruh jabatan / agensi peringkat Daerah Yan serta semua atas kerjasama padu dan komitmen tinggi yang diberikan dalam menjayakan Program Penyediaan dan Pengagihan Bubur Lambuk Sempena Ramadan 1445H / 2024M Peringkat Daerah Yan ini.

Semoga sumbangan ikhlas dan usaha murni dari semua pihak ini dirahmati dan diberkati oleh Allah s w.t. sempena Sambutan Ihya’ Ramadan Al Mubarak 1445H / 2024M melalui perkongsian rezeki dan amalan nilai – nilai positif serta murni di bulan Ramadan yang mulia ini.

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT.

Untuk gambar -> https://www.facebook.com/share/p/dTvyXfNcnSM9w87D/

Skip to content