Mesyuarat Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Majlis Perbandaran Kubang Pasu Kali Ke-17 Tahun 2024

27.03.2024 (Rabu) – Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Majlis Perbandaran Kubang Pasu telah mengadakan mesyuarat bermula seawal jam 3 petang bertempat di auditorium Dewan Wawasan. Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu Badrulhisham Bin Haji Sulaiman bagi merasmikan mesyuarat agung KKDR MPKP.

Proses pembubaran jawatankuasa KKDR MPKP yang lama telah berlangsung bagi memilih jawatankuasa baharu untuk memimpin menerajui kelab di masa hadapan. Keputusan pemilihan jawatankuasa dibuat atas dasar undian dan persetujuan ahli-ahli kelab.

Sedikit cenderamata daripada KKDR MPKP kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu telah disempurnakan oleh Pengerusi KKDR MPKP Ismail Bin Che Saad.

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

Skip to content