Majlis berbuka puasa Majlis Perbandaran Kubang Pasu bersama Madrasah Tahfiz Taufiqillah Di Daerah Kubang Pasu

28.04.2024 (Khamis) – Majlis Perbandaran Kubang Pasu telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama Madrasah Tahfiz Taufiqillah. Turut hadir bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Badrulhisham Bin Haji Sulaiman, Pengerusi Puspanita, wakil daripada BSN, ahli-ahli majlis dan ketua-ketua jabatan MPKP serta kakitangan Majlis Perbandaran Kubang Pasu.

Terlebih dahulu, Majlis Perbandaran Kubang Pasu telah memilih beberapa murid daripada Madrasah Tahfiz Taufiqillah dibawa ke tapak karnival raya yang terletak di hadapan Pasaraya Yawata untuk dibawa membeli barangan persendirian hasil sumbangan daripada pihak Majlis Perbandaran Kubang Pasu.

Yang Dipertua telah dibawa melawat kawasan sekitar Madrasah Tahfiz Taufiqillah bagi melihat sendiri kawasan persekitaran yang penuh dengan pelbagai barangan serta tempat-tempat yang menarik. Acara berbuka puasa bersama anak-anak tahfiz dimulakan dengan ucapan Yang Dipertua dan disusuli dengan pemberian duit raya kepada anak-anak tahfiz sebagai tanda kenang-kenangan daripada pihak Majlis Perbandaran Kubang Pasu.

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

Skip to content