27 MAC 2024, RABU

Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu serta Pejabat Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa yang disempurnakan oleh YB. Tuan Haji Muhammad Radhi Bin Haji Mat Din, Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup serta Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Kedah.

Majlis diadakan di Masjid Al-Islah, Permatang Kerat Telunjuk, Bandar Baharu, Kedah dengan kerjasama Majlis Daerah Bandar Baharu dalam penyediaan susun atur tempat, kawalan lalu lintas, jurugambar dan membantu dalam proses pemberian barangan sumbangan kepada penerima yang terdiri daripada para guru Al-Quran, mudim, bidan kampung, jurumandi jenazah, bomoh patah dan penggali kubur.

Sumbangan yang disampaikan ini adalah sebagai tanda penghargaan dari Kerajaan Negeri Kedah atas segala jasa dan bakti yang dicurahkan oleh para penerima kepada penduduk Bandar Baharu.

Turut hadir bersama ialah ADUN Bandar Baharu, Setiausaha Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB), Ahli-Ahli Majlis (Politik dan Ex-Officio) MDBB, Pegawai Agama Daerah Bandar Baharu, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua Bahagian/Unit MDBB.

Skip to content