28 MAC 2024 (KHAMIS)

MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC) MDBB BILANGAN 03 TAHUN 2024

Mesyuarat dipengerusikan secara bersemuka oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohd Noor bin Ismail., AMK., BCK., bermula jam 10.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Majlis Daerah Bandar Baharu, Serdang, Kedah.

Mesyuarat dimulakan dengan aluan daripada pengerusi yang mengalu-alukan penyertaan semua Ketua Jabatan dan wakil jabatan yang berkaitan yang hadir secara bersemuka dan secara atas talian.

Mesyuarat diteruskan dengan agenda mengesah dan meluluskan Minit Mesyuarat Jawatankuasa OSC Bilangan 02 Tahun 2024 yang diadakan pada 28 Februari 2024 lalu serta perbincangan perkara-perkara berbangkit.

Mesyuarat diteruskan dengan perkara-perkara baru yang melibatkan 3 kertas kerja permohonan untuk kelulusan serta perbincangan hal-hal lain melibatkan 1 kertas kerja permohonan pelan kerja tanah, 1 kertas kerja cadangan skim perumahan, 1 kertas kerja pemakluman tatacara pelaksanaan inisiatif penambahbaikan prosedur OSC 3.0 Plus

Turut serta dalam mesyuarat ini ialah Ketua Unit Pusat Setempat (OSC), Ketua Bahagian Perancangan Pembangunan serta wakil Ketua Bahagian Kejuruteraan, Projek dan Penyelenggaraan MDBB.

Skip to content