28 MAC 2024 (KHAMIS)

MESYUARAT MAJLIS PENUH MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BILANGAN 03 TAHUN 2024

Mesyuarat Majlis Penuh Majlis Daerah Bandar Baharu Bilangan 03 Tahun 2024 dipengerusikan secara bersemuka oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohd Noor bin Ismail., AMK., BCK., bermula jam 11.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Majlis Daerah Bandar Baharu, Serdang, Kedah.

Mesyuarat dimulakan dengan aluan pengerusi yang mengalu-alukan semua kehadiran Ahli Mesyuarat.

Mesyuarat diteruskan lagi dengan mengesah dan meluluskan minit Mesyuarat Penuh Bilangan 02 Tahun 2024 bertarikh 28 Februari 2024, membincangkan perkara-perkara berbangkit, menerima ketetapan minit-minit Mesyuarat Jawatankuasa Tetap yang lalu serta perbincangan 2 kertas kerja dan hal-hal lain.

Turut hadir bersama di dalam mesyuarat ini ialah Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis (Politik dan Ex-Officio), Ketua-Ketua Bahagian / Unit Majlis Daerah Bandar Baharu dan Urus Setia mesyuarat yang terlibat.

Skip to content