PROGRAM KASIH RAMADAN

Seramai 170 orang anak-anak yatim/ asnaf fakir miskin diraikan dalam Program Kasih Ramadan anjuran Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).

Bagi mengurangkan beban keluarga kurang berkemampuan dalam menyambut kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi, kesemua penerima bantuan dibawa ke Pasaraya Mydin Taman Batik bagi membeli kelengkapan pakaian raya. Program diteruskan dengan Majlis Berbuka Puasa bersama kesemua penerima sumbangan dan kakitangan MPSPK yang terlibat sepanjang program berlangsung.

Hadir ke program berkenaan Yang Dipertua MPSPK, Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., SDK., AMK., BCK., dan Setiausaha MPSPK Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK. Turut hadir Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian dan kakitangan MPSPK.

Jutaan terima kasih kepada semua kakitangan MPSPK yang terlibat. Tidak dilupakan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pasaraya Mydin Taman Batik atas kerjasama dan tenaga kerja bagi memastikan program berjalan dengan lancar.

Skip to content