PROGRAM SINGGAH SAHUR 2024

Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat telah menganjurkan Program Singgah Sahur. Sebanyak 1000 bungkus makanan telah diagihkan ke beberapa agensi kerajaan seperti Balai Polis Trafik Sungai Petani, Penjara Sungai Petani dan Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani. Agihan makanan turut diagihkan kepada gelandangan-gelandangan sekitar Sungai Petani Kedah.

Hadir turun padang ke Program Singgah Sahur Setiausaha MPSPK, Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK., Pengarah-Pengarah Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian dan kakitangan MPSPK.

Skip to content