PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK
Sempena kedatangan bulan Ramadan, sebanyak 500 bungkus Bubur Lambuk telah berjaya diagihkan kepada kakitangan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dan orang ramai di hadapan menara MPSPK petang semalam.
Hadir menyampaikan agihan Yang Dipertua Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., SDK., AMK., BCK., Pengarah-Pengarah Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian dan kakitangan MPSPK.
Agihan berakhir sekitar jam 5.00 petang.